Isnin, 27 Ogos 2012

Surat Pemimpin Cawangan Pas kepada YB Utz. Nasaruddin Md. Isa

Kemanakah halatuju Pas kini?, setiap hari parti siasah tersebut diperlekeh dan diperkotak katik oleh rakan-rakan dalam pakatan sendiri sehinggakan tiada lagi suara-suara daripada alim ulama dan ayam tambatan mereka mempertahankan maruah diri dan parti.
Ikutilah luahan hati daripada seorang yang telah lama berjuang di dalam parti tersebut seperti yang tersiar di dalam Facebook YB Dato' Dr. Hassan Ali, surat yang ditujukan kepada Mantan Timbalan Presiden Pas YB Nasaruddin Md Isa dan dan juga kepada parti Pas amnya.



 http://www.facebook.com/notes/dato-dr-hasan-bin-mohamed-ali/surat-pimpinan-cawangan-pas-kpd-yb-ust-nasharudin/

Renungkanlah cacatan yang dipaparkan ini.


Assalammualaikum,

Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti Pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli Pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam Pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.Namun tiada perkara yag boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.

Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah. Kepimpinan Pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, dap. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.

Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama karpal singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya dap telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli Pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan Pas ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan Putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam Pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding Pas.

Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu DAP.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Isnin, 13 Ogos 2012

Cabaran Islam Masa Kini

Masa terus berlalu, setiap hari ada sehaja penghinaan terhadap Islam, ayat-ayat suci Al-Quran dipermainkan, Nabi Muhammad saw. serta para sehabat dipersendakan pada setiap masa, bila ada bantahan cepat-cepat mereka minta maaf dan kita dengan senang hati maafkan mereka.
Negara dan Jalur Gemilang diperlekehkan oleh orang-orang yang tak mengenang budi contohnya Namewe, bila ada tekanan dia minta maaf seperti biasa kita pun maafkan dan di suatu masa menteri sambut dia di Parlimen dengan pakaian kurang ajarnya, terbaru Nizar (bekas MB Perak) kata "luntur nak kibarkan Jalur Gemilang, Jalur Malang

 
 Pada 6 Ogos 2012 lalu Paderi Gay warga Malaysia yang menetap di US membawa kekasihnya (lelaki) ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dan berkata "kami bersyukur boleh mencipta sejarah dan boleh berkongsi kegembiraan di tanah air". Selepas ini seorang lagi bekas pelajar Malaysia di Dublin Ireland, Ariff Alfian Roslin Gay Melayu yang berkahwin dengan lelaki Inggeris mungkin pula akan berbuat demikian.
Di sini tiada seorang pun yang membantah pada majlis tersebut, akhirnya disuatu hari nanti perkahwinan gay bukan lagi menjadi satu isu yang besar dan masyarakat akan menjadi terbiasa dengan nya seperti yang berlaku di Barat.
Kemana perginya suara-suara PAS yang selama ini memperjuangkan Islam sebagai satu landasan hidup atau mereka tenggelam dengan lamunan ke Putrajaya yang ingin mereka lelong suatu masa lalu atau kelu dek sergahan Naib Pengurusi DAP Karpal Singh yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam atau kerana hormatkan pemimpin politik yang menjadi pengamal homoseksual di negara ini.
Inilah kemenangan moral kepada Boon Lin bahkan kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender di negara ini.
Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi semuga semua ini tidak akan berpanjangan dan diselamatkan oleh Allah dari sebarang malapetaka disebabkan gejala moral ini seperti yang berlaku terhadap umat dahulu.