Ahad, 29 April 2012

Apa ada di sebalik warna kuning ?.

Para peserta Bersih 1.0 hingga 3.0 yang telah mengadakan perhimpunan haram selama ini telah memilih kemeja-T bewarna kuning sebagai warna rasmi mereka. Tahukah anda kemeja-T bewarna kuning juga dipakai oleh pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kuning selama ini sinonim dengan perjuangan golongan LGBT serata dunia dalam menunjukan protes menentang undang-undang yang menghalang perbuatan tidak bermoral mereka.
Antara perhimpunan dan perarakan yang melibatkan golongan ini mengenakan warna kuning termasuk Gay Pride Parade Toronto, Gay Pride Parade Johanesburg dan Gay Pride parade London yang disertai oleh ribuan penyokong seks bebas itu setiap tahun.
Di Malaysia salah seorang penyokong dan pelopor LGBT ialah Datuk S.Ambiaga yang juga merupakan penganjur Bersih 3.0. 
Adakah ianya kebetulan atau ada agenda yang tersembunyi disebaliknya ?.

Ribuan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berarak sambil membawa bendera pelangi 'Gay Pride' pada Gay Pride Parade Toronto pada July 2011.

Tok Guru juga terpanggil mengenakan kemeja-T Bersih 3.0

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud :
Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia : (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Sabtu, 28 April 2012

Penyokong Bersih Cemari Masjid Nabawi Dan Mekah.


Pelancaran Bersih 3.0 di Masjid Nabawi itu disiarkan oleh Harakah Daily 28.4.2012.


Masjid Nabawi di Madinah yang terletaknya makam Rasulullah S.A.W turut dicemari oleh penyokong parti pembangkang bagi melancarkan perhimpunan Bersih 3.0.
Selain itu, pelancaran Bersih 3.0 juga dilakukan di Mekah pada Khamis 26 April 2012  iaitu berhampiran dengan Masjidilharam, dipercayai oleh pemimpin dan ahli-ahli Pas.
Tindakan tersebut amat dikesali kerana dibuat ketika tokoh-tokoh agama menyifatkan haram bagi umat Islam menyokong demonstrasi Bersih 3.0 kerana diterajui Datuk S. Ambiga, pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Walaupun mereka (musuh Islam) dilarang menjejaki kaki di Tanah Haram , tetapi perjuangan mereka boleh sampai hingga ke dalam masjid di Tanah Haram.

Kenapa kita yang bergelar Melayu yang beragama Islam sanggup melakukan perkara sedemikian semata-mata kerakusan seseorang yang dahgakan kuasa ?.

Islam Larang Kegiatan Seks Bebas, Lesbian Dan Gay


Secara umumnya, homoseksual merupakan hubungan seks yang dijalinkan antara seseorang dengan seseorang yang lain yang masing-masing mempunyai jantina yang sama. Menurut pakar Psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Hatta Sidi menyatakan bahawa homoseksual adalah orientasi seksual yang membawa kepada perlakuan tingkah laku, khayalan dan kecenderungan minat terhadap jantina sejenis (Utusan Malaysia 26 Januari 2001). Selain itu, terdapat juga pakar perubatan dari Indonesia, Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mendefinisikan homoseksual ini sebagai hubungan seks antara dua orang yang mempunyai alat kelamin yang sama.

Proses globalisasi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun dan stabil telah membawa pelbagai pengaruh luar selain mampu mempengaruhi dan mentransformasikan institusi ekonomi dan sosial yang dapat mengubah lanskap pembangunan negara. Keadaan ini telah menimbulkan suasana yang menampilkan sikap individualisme, materialisme dan juga budaya hedonisme. Hal ini lebih membimbangkan apabila wujudnya gejala sosial yang tidak bermoral dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu homoseksual.

Umat Islam diseru agar tidak terpengaruh dengan maksiat-maksiat tersebut.Jangan mencuba-cuba, teriku-ikut malah terlibat dengan kegiatan yang disifatkan lebih hina daripada binatang.


Adakah anda salah seorang yang mempunyai kedudukan jari seperti ini.

Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (zina), gay dan lesbian:

1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
2. Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
3. Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”

4. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

5. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:

Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

6. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:

Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.

Muslimin muslimat sekalian,

Janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:

Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?

Isnin, 23 April 2012

Mungkinkah Apa Yang Telah Berlaku Kepada Mesir Akan Berlaku Kepada Malaysia ?.

Baru-baru ini pemerintah Mesir telah menangkap lebih daripada 10 rakyat Amerika Syarikat.
2. Siapakah mereka ini?
3. Mereka, mengikut laporan dalam sebuah majalah Amerika, Newsweek, adalah ahli beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir. Diantara mereka adalah NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House. Semua mereka mengikut Newsweek “receive U.S. Government funding”.
4. Laporan yang sama berkata dalam keluarannya pada Februari 13, “But storming NGO’s, interrogating U.S. citizens, and banning them from leaving the country has strained U.S-Egypt relations and threatened the sacrosanct $1.3 billion in military aid from the U.S.” (Menggeledah NGO, menyoal rakyat Amerika, dan melarang mereka keluar dari Mesir telah menegangkan hubungan Amerika dengan Mesir dan menggugat bantuan $1.3 billion untuk tentera (Mesir) dari Amerika.)
5. Semasa Mubarak Amerika dilarang membiayai NGO Mesir yang tidak berdaftar melalui badan-badan bantuan kewangan Kerajaan Amerika seperti Bureau of Democracy, Human Rights and Labour. Sekarang agensi-agensi Kerajaan Amerika memula semula membiayai badan NGO yang tidak berdaftar.
6. (However, following the uprising that toppled Mubarak, U.S. AID once again began distributing funds to unregistered NGOs in an effort to be part of Egypt’s democratic future – Newsweek Feb. 13)
7. Campurtangan Amerika Syarikat dalam gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan “Regime Change” (Pertukaran Pemerintah).
8. Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO  yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika. Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar Kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas LGBT (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat. Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, Amerika Syarikat tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
9. Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?
10. Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.
11. Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar Kerajaan.
sumber chedet.cc

Khamis, 19 April 2012

Arah Tuju Hak Istimewa Orang Melayu


Kenyataan Baginda Sultan Johor dalam Seminar Perlembagaan Malaysia di Johor Bahru hendaklah menjadi peringatan kepada setiap pemimpin politik yang memperjuangkan kaum-kaum dalam negara kita. Fenomena yang berlaku kini jelas memerangkap orang Melayu. Apa sahaja yang berkaitan dengan hak orang Melayu akan terus sahaja dilabelkan sebagai perkauman sempit manakala jika ia berkaitan dengan hak kaum lain maka ia akan dirujuk pula sebagai hak sama rata warganegara.

Hari ini, menjadi suatu dosa besar hinggakan seseorang boleh kehilangan pangkat dan jawatannya hanya kerana mengingatkan kita akan sejarah penubuhan negara ini. Sebagai warga asal yang menduduki negara ini sudah tentulah orang Melayu diberikan keistimewaan yang bukanlah terlalu banyak sebagai mengiktiraf pengorbanan mereka sehinggalah negara kita dapat membangun sehingga hari ini.

Baginda Sultan Johor membuat rujukan yang tepat apabila mengatakan bahawa para pejuang kaum ini merujuk peruntukan Perlembagaan yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum, sedangkan peruntukan yang spesifik berkaitan kaum Melayu dan agama Islam seolah-olah di kesampingkan pula oleh mereka.

Kadang kala kenyataan yang dibuat melampaui pula kewajaran dan kewarasan yang munasabah hingga perkara-perkara ibadat umat Islam dijadikan pula sebagai hinaan untuk diperlekehkan. Dalam senario berbeza, lihatlah pula kenyataan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja dan majoriti pemimpin Melayu yang apabila merujuk kepada ketinggian agama Islam maka mereka juga akan menyebut bahawa hak-hak bagi mengamalkan agama lain tidak akan diganggu gugat.

Begitulah berhemahnya kita hingga apabila merujuk kepada institusi raja yang kita junjung seolah-olah raja-raja yang ada ini hanya menjadi raja kepada orang Melayu sahaja ataupun dalam keadaan lain seolah-olah terdapat pula Raja-Raja bukan Melayu dalam negara kita.

Mengambil jalan pintas dengan menyalahkan kaum lain semata-mata, pun tidaklah benar. Orang Melayu perlu dikejutkan dari dibuai angan-angan kosong di tanah air sendiri.

Apabila kita meneliti satu demi satu peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa tidak ada satu pun dalam peruntukan tersebut merujuk kepada terma Ketuanan Melayu. Apa yang dimaktubkan adalah hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Hak-hak keistimewaan ini sebenarnya sudah memadai untuk menjadi pemangkin kepada kebangkitan sebuah bangsa Melayu yang hebat. Sebaliknya, hak keistimewaan ini tidak boleh menjadi instrumen bagi memapah bangsa Melayu kerana papahan undang-undang tidak akan selamanya boleh menjadikan bangsa Melayu menjadi bangsa yang kuat.

Dalam realiti kehidupan sekarang, pemimpin politik Melayu hendaklah berpijak di bumi nyata. Kerakusan mereka terhadap kuasa bagi mengukuhkan kedudukan diri sendiri dan bukan kaum dan rakyat keseluruhannya akan mengakibatkan orang Melayu dilihat sebagai kaum majoriti tetapi hanya memiliki suara minoriti.

Apa maknanya kita menjaja hak ketuanan Melayu jika melihat realitinya pekerja gedung adalah orang Melayu tetapi gedung itu dimiliki oleh tauke-tauke bukan Melayu, pemandu kereta mewah adalah orang Melayu tetapi kereta mewah itu dimiliki oleh orang bukan Melayu, tukang kebun banglo itu orang Melayu dan pemilik banglo itu orang bukan Melayu.

Saudara Zaini Hassan dalam ruangan Cuit-cuit, Utusan Malaysia pada 6 Oktober 2010 menyimpulkan fenomena masalah bangsa ini dengan baik sekali. Beliau menyebut faktor "terlebih selesa" menjadikan masalah bagi kita bangkit dari tidur yang lena.

Kita juga harus dengan serius memberikan kefahaman kepada setiap warganegara akan rukun teras kewujudan negara ini. Pemahaman silang budaya dan agama perlu terus diperkukuhkan dengan lebih berkesan.

Bangsa Melayu hanya akan terus wujud jika kita dapat memastikan orang Melayu tidak terus terpinggir dalam negara ini.

Senikata sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Tan Sri S.M. Salim dan M.Nasir yang berbunyi "Awak yang payah membelah ruyung, Orang bertandang yang beroleh untung, Akhirnya kita tak akan dihitung". benar-benar mencuit hati saya. Sudah tiba masanya orang Melayu bangkit kembali dihitung menjadi satu dalam menentukan arah tuju wajah negara kita.

Sumber Utusan 8.10.2010

Selasa, 17 April 2012

Rasiskah Jika Melayu Mempertahan Hak ?


Apakah dia sifat “racism” atau perkauman ini? Ia bolehlah di definisikan sebagai “kebencian daripada seseorang terhadap seseorang yang lain, atau kepercayaan bahawa seseorang itu kurang dari manusia sebenar, disebabkan oleh warna kulitnya, bahasa, budaya, tempat kelahiran atau apa sahaja perkara asas seseorang itu.”
Persoalannya apakah di dalam Islam, hak kaum pribumi di pinggirkan? Apakah seseorang yang berasal dari sesuatu tempat tidak boleh menuntut hak beliau dan melepaskannya begitu sahaja?
Sebelum kita menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hak ini, kita harus fahami konsep keadilan. Adil bermaksud “meletakkan sesuatu pada tempatnya” dan zalim pula adalah perkara yang berlawanan dengan adil.
Di dalam Islam, hak pribumi tetap dipertahankan. Contohnya hak menjaga air zam-zam di Mekah tetap diberikan kepada keturunan Abu Mutalib. Begitu juga hak tanah yang telah di miliki oleh pribumi tersebut.
Tetapi terdapat juga hak-hak orang bukan pribumi yang sepatutnya di berikan kepada mereka. Garis panduan apa yang boleh diberikan atau tidak terpulang kepada pemerintah yang bertaqwa dan garis panduan di dalam Islam.

Ikuti kupasan oleh YBhg Ustaz Kazim Elias seorang penceramah bebas di dalam hal tersebut.


Isnin, 16 April 2012

Wajarkah Mempertahankan Hak Dianggap Asabiyah ?

Berikutan ucapan Mufti Perak Sahibus Samahah Datuk Seri Harussani Zakaria pada Majlis Pelancaran Jati di Shah Alam Convention Center 21 Februari 202 lalu, banyak pihak telah mempertikaikan kenyataan beliau dan menganggapnya sebagai seorang asabiyah Melayu. 
Persoalannya wajarkah Datuk Seri Harussani di katakan sebegitu kerana mempertahankan maruah bangsa Melayu dan Islam yang selama ini dihakis hak mereka di tanah air sendiri.


Ucapan beliau terdapat di ruangan Renung Sejenak untuk dihayati dan diambil ikhtibar buat hari mendatang.