Rabu, 30 Mei 2012

Kenapa muzakarah PAS - UMNO sering tidak menjadi kenyataan ?

Pas yang mengajak UMNO bermuzakarah tetapi kemudiannya mengenakan pelbagai syarat yang jelas membuktikan bahawa Pas sememangnya suka berpolitik dan tidak mempunyai kesungguhan dalam memperjuangkan Islam.

Ternyata Pas terus terbelenggu dengan permainan politik dan ia bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kita mengkaji sikap Pas sejak berkawan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pas yang ditubuhkan pada 1951 melalui perpecahan UMNO dan kelulusan penubuhannya diberikan oleh penjajah British tidak pernah konsisten dalam perjuangan. Segala keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti itu berlandaskan kepada kepentingan politik semata-mata.
Ini terbukti apabila Pas menentang keras persahabatan antara UMNO dengan MCA dan MIC, mereka menolak pakatan tersebut dengan pelbagai hujah sama ada melalui ayat Quran atau hadis tetapi kini mereka bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Sokongan PAS terhadap demonstrasi jalanan yang berakhir dengan kekecohan, kecederaan dan kemusnahan harta benda sedangkan ajaran Islam yang mahukan umatnya bersederhana dalam apa juga tindakan dan tidak bertindak melampaui batas.

Sikap hipokrit Pas yang paling ketara ialah sentiasa berusaha melindungi sama ada pemimpin parti itu atau sekutu mereka dalam apa juga perkara yang melibatkan isu moral atau lain-lain kesalahan  dan menganggap semua tuduhan sebagai fitnah dan konspirasi politik tetapi jika melibatkan UMNO dan BN mereka bermati-matian mahu mengadakan pelbagai siasatan termasuk Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Pas kini terpaksa bergantung kepada belas ihsan PKR dan DAP untuk memastikan mereka mendapat kerusi yang lebih dalam pilihan raya dan ini terbukti apabila mereka hanya mengikut telunjuk PKR dan DAP contohnya menggugurkan negara Islam yang diperjuangkan selama ini dan menggantikannya dengan negara kebajikan seperti yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat. Inilah diantara sebab-sebab kenapa muzakarah diantara PAS dan UMNO sering tidak menjadi kenyataan.

Renungkanlah firman Allah bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 103)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: 
“Dan barangsiapa yang mati dan ia menjadi orang yang memecah belah persatuan ummat – kaum Muslimin, maka sesungguhnya ia mati dalam keadaan mati jahiliyah.”

Rabu, 16 Mei 2012

Rusuhan dan Demontrasi Jalanan Bukan Ajaran Islam.


Akhir-akhir ini adegan dan slogan demontrasi jalanan ke atas pemerintah sering kali dilaungkan dan canangkan sebagai amar makruf nahi mungkar dan jihad. Maka, suara-suara kebencian dan protes ke atas pemerintah pun meluap-luap.

Sangat menyedihkan apabila pelbagai aksi dan adegan demontrasi ini kian menjadi fenomena masyarakat dalam negara kita.

Persoalannya, adakah demontrasi merupakan salah satu yang disarankan oleh agama dalam menghadapi kesalahan dan ketelanjuran pemerintah?. Apa hukum perlakuan demontrasi di sisi agama? Menegur dan memperbaiki ketelanjuran pemerintah, iaitu dengan cara nasihat, mendoakan mereka dengan kebaikan, bertemu dan berbincang dengannya, memperbanyakan kesabaran dan dengan tidak mengaibkan serta merendah-rendahkan kedudukannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda :

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

"Agama adalah nasihat." mereka bertanya "Untuk siapa (wahai Rasulullah)?" Beliau menjawab "Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya." (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)

Dalam masa yang sama, amalan syar'i ini menunjukan betapa Islam itu adalah agama yang mengajak kepada perdamaian, mengajak kepada maslahah, membenci kekacauan, teratur dan penuh ketenangan. Secara automatik, amalan demontrasi dan protes ke atas pemerintah sewajarnya tidak berlaku di kalangan umat Islam jika ruh agama tersebut berjaya difahami dengan baik.


"Makna nasihat untuk pemimpin umat Islam adalah tolong menolong bersama mereka dalam urusan kebenaran, mentaati arahan mereka dalam kebenaran, menegur dan mengingatkan mereka dengan cara lemah lembut, memberitahu mereka tentang apa yang mereka lalai supaya tidak melanggar hak-hak umat Islam, tidak menjadi pembangkang kepada mereka dan menganjurkan orang lain mentaati mereka." (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Ringkasnya, begitulah kaedah-kaedah yang syar'i dalam bermuamalah terhadap pemerintah sama ada yang adil mahupun yang zalim, selagi mana mereka masih menzahirkan keislaman dan syi'ar solat.

Isnin, 14 Mei 2012

Apa Disebalik Penyapu Bersih ???

Rusuhan 13 Mei 1969

Bersih 3.0 2012

Aksi demikian seolah-olah mengulang balik perkara sama yang dilakukan pada perarakan sebelum 13 Mei 1969 anjuran Parti Buruh (aka Komunis), DAP dan Gerakan. 

Ketika itu laungan mereka adalah baliklah orang Melayu dan penyapu itu membawa simbol untuk menyapu orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur.

Kali ini apa tujuannya?

Selalu pihak DAP ini akan uji satu-satu untuk dapatkan reaksi orang Melayu sebelum menjadi lebih berani. 

Orang Cina selama ini menjauhi demo-demo yang dirancang Parti pembangkang. Hanya perarakan Lynas yang meliharkan penglibatan Cina DAP yang lebih menunjul. 

Sedikit sedikit mereka cuba dan lama kelamaan mereka akan berani kerana dalam Perarakan Bersih, 60-70% adalah kaum CIna dan hanya 30% Melayu. Melayu yang datang pun adalah mahasiswa dan hardcore penyangak yang boleh dibayar dengan dengan sedikit wang.

Kalau dibaca kembali sejarah Mei 1969, ianya terbina dari pelbagai demo yang melibatkan kaum CIna dan didalang komunis. Bekas komunis banyak dalam DAP, ingat tu!

Selasa, 1 Mei 2012

Sedarlah Wahai Pengamal LGBT.


Gejala sosial yang melanda umat manusia sebenarnya adalah hasil tangan manusia sejak permulaan hingga yang terkini. Ia adalah musibah yang telah terjadi dan tiada berkesudahan. Gejala social merupakan asas dari segala macam kerusakan dan kebejatan. Benarlah setengah ungkapan: “Sesungguhnya umat itu akan terus kekal kerana keutuhan akhlaknya. Jika lenyap akhlaknya maka hancurlah umat tersebut”.

Di antara bentuk kecelaruan terhadap pemikiran manusia ialah apabila mereka berada di bawah telunjuk hawa nafsunya tanpa ada kendali dari nilai-nilai Islam yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan Hadis malahan tanpa ada pimpinan dari pemikiran yang matang .. Allah SWT telah menciptakan manusia laki-laki dan perempuan, dan dari keduanya berkembang biak laki-laki mahupun wanita, bahkan Allah menciptakan daripada keduanya saling berpasangan sehingga dapat melakukan reproduksi dan kelangsungan hidup. Justeru bagaimanakah manusia telah mencampur-adukkan gaya hidupnya dengan kebodohan dan hanya menuruti hawa nafsu yang menyelewengkan dari jalan yang benar. Lalu manusia telah menghancurkan fitrahnya yang asal seperti yang pernah dilakukan oleh kaum nabi Luth.


إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.(Al-A’raf:81)

Biarpun telah membawa kehancuran fitrah manusia dan penyebaran penyakit  seperti yang dialami oleh umat terdahulu dengan sebab kedurjanaan dan pelanggaran yang mereka lakukan mampu menghentikan proses kelangsungan manusia sebagaimana yang telah Allah ciptakan, namun mereka masih tetap tidak memiliki perasaan malu, malah kita dapati ada di antara mereka yang menuntut hak mereka. Jadi pemikiran apakah ini? Kebebasan apakah ini?!

Ahad, 29 April 2012

Apa ada di sebalik warna kuning ?.

Para peserta Bersih 1.0 hingga 3.0 yang telah mengadakan perhimpunan haram selama ini telah memilih kemeja-T bewarna kuning sebagai warna rasmi mereka. Tahukah anda kemeja-T bewarna kuning juga dipakai oleh pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kuning selama ini sinonim dengan perjuangan golongan LGBT serata dunia dalam menunjukan protes menentang undang-undang yang menghalang perbuatan tidak bermoral mereka.
Antara perhimpunan dan perarakan yang melibatkan golongan ini mengenakan warna kuning termasuk Gay Pride Parade Toronto, Gay Pride Parade Johanesburg dan Gay Pride parade London yang disertai oleh ribuan penyokong seks bebas itu setiap tahun.
Di Malaysia salah seorang penyokong dan pelopor LGBT ialah Datuk S.Ambiaga yang juga merupakan penganjur Bersih 3.0. 
Adakah ianya kebetulan atau ada agenda yang tersembunyi disebaliknya ?.

Ribuan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berarak sambil membawa bendera pelangi 'Gay Pride' pada Gay Pride Parade Toronto pada July 2011.

Tok Guru juga terpanggil mengenakan kemeja-T Bersih 3.0

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud :
Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia : (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Sabtu, 28 April 2012

Penyokong Bersih Cemari Masjid Nabawi Dan Mekah.


Pelancaran Bersih 3.0 di Masjid Nabawi itu disiarkan oleh Harakah Daily 28.4.2012.


Masjid Nabawi di Madinah yang terletaknya makam Rasulullah S.A.W turut dicemari oleh penyokong parti pembangkang bagi melancarkan perhimpunan Bersih 3.0.
Selain itu, pelancaran Bersih 3.0 juga dilakukan di Mekah pada Khamis 26 April 2012  iaitu berhampiran dengan Masjidilharam, dipercayai oleh pemimpin dan ahli-ahli Pas.
Tindakan tersebut amat dikesali kerana dibuat ketika tokoh-tokoh agama menyifatkan haram bagi umat Islam menyokong demonstrasi Bersih 3.0 kerana diterajui Datuk S. Ambiga, pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Walaupun mereka (musuh Islam) dilarang menjejaki kaki di Tanah Haram , tetapi perjuangan mereka boleh sampai hingga ke dalam masjid di Tanah Haram.

Kenapa kita yang bergelar Melayu yang beragama Islam sanggup melakukan perkara sedemikian semata-mata kerakusan seseorang yang dahgakan kuasa ?.

Islam Larang Kegiatan Seks Bebas, Lesbian Dan Gay


Secara umumnya, homoseksual merupakan hubungan seks yang dijalinkan antara seseorang dengan seseorang yang lain yang masing-masing mempunyai jantina yang sama. Menurut pakar Psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Hatta Sidi menyatakan bahawa homoseksual adalah orientasi seksual yang membawa kepada perlakuan tingkah laku, khayalan dan kecenderungan minat terhadap jantina sejenis (Utusan Malaysia 26 Januari 2001). Selain itu, terdapat juga pakar perubatan dari Indonesia, Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mendefinisikan homoseksual ini sebagai hubungan seks antara dua orang yang mempunyai alat kelamin yang sama.

Proses globalisasi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun dan stabil telah membawa pelbagai pengaruh luar selain mampu mempengaruhi dan mentransformasikan institusi ekonomi dan sosial yang dapat mengubah lanskap pembangunan negara. Keadaan ini telah menimbulkan suasana yang menampilkan sikap individualisme, materialisme dan juga budaya hedonisme. Hal ini lebih membimbangkan apabila wujudnya gejala sosial yang tidak bermoral dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu homoseksual.

Umat Islam diseru agar tidak terpengaruh dengan maksiat-maksiat tersebut.Jangan mencuba-cuba, teriku-ikut malah terlibat dengan kegiatan yang disifatkan lebih hina daripada binatang.


Adakah anda salah seorang yang mempunyai kedudukan jari seperti ini.

Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (zina), gay dan lesbian:

1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
2. Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
3. Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”

4. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

5. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:

Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

6. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:

Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.

Muslimin muslimat sekalian,

Janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:

Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?