Rabu, 16 Mei 2012

Rusuhan dan Demontrasi Jalanan Bukan Ajaran Islam.


Akhir-akhir ini adegan dan slogan demontrasi jalanan ke atas pemerintah sering kali dilaungkan dan canangkan sebagai amar makruf nahi mungkar dan jihad. Maka, suara-suara kebencian dan protes ke atas pemerintah pun meluap-luap.

Sangat menyedihkan apabila pelbagai aksi dan adegan demontrasi ini kian menjadi fenomena masyarakat dalam negara kita.

Persoalannya, adakah demontrasi merupakan salah satu yang disarankan oleh agama dalam menghadapi kesalahan dan ketelanjuran pemerintah?. Apa hukum perlakuan demontrasi di sisi agama? Menegur dan memperbaiki ketelanjuran pemerintah, iaitu dengan cara nasihat, mendoakan mereka dengan kebaikan, bertemu dan berbincang dengannya, memperbanyakan kesabaran dan dengan tidak mengaibkan serta merendah-rendahkan kedudukannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda :

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

"Agama adalah nasihat." mereka bertanya "Untuk siapa (wahai Rasulullah)?" Beliau menjawab "Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya." (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)

Dalam masa yang sama, amalan syar'i ini menunjukan betapa Islam itu adalah agama yang mengajak kepada perdamaian, mengajak kepada maslahah, membenci kekacauan, teratur dan penuh ketenangan. Secara automatik, amalan demontrasi dan protes ke atas pemerintah sewajarnya tidak berlaku di kalangan umat Islam jika ruh agama tersebut berjaya difahami dengan baik.


"Makna nasihat untuk pemimpin umat Islam adalah tolong menolong bersama mereka dalam urusan kebenaran, mentaati arahan mereka dalam kebenaran, menegur dan mengingatkan mereka dengan cara lemah lembut, memberitahu mereka tentang apa yang mereka lalai supaya tidak melanggar hak-hak umat Islam, tidak menjadi pembangkang kepada mereka dan menganjurkan orang lain mentaati mereka." (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Ringkasnya, begitulah kaedah-kaedah yang syar'i dalam bermuamalah terhadap pemerintah sama ada yang adil mahupun yang zalim, selagi mana mereka masih menzahirkan keislaman dan syi'ar solat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan