Ahad, 3 Jun 2012

10 sebab kenapa Dato ‘ Seri Najib Razak perlu disokong

Najib Tun Razak dilahirkan di Pekan Pahang, anak sulong dari Perdana Menteri Malaysia yang ke 2, seawal umur 21 tahun beliau telah menjawat jawatan Menteri Besar dan pada umur 29 tahun beliau menjawat beberapa jawatan menteri kanan di kabinet dengan pengalamaan 35 tahun bagi membolehkan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. 

1. 35 tahun Dato’ Seri Najib berkecimpung dalam politik 

Beliau merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman luas dan matang di tanah air. Pengalaman beliau tidak boleh didebatkan oleh mana-mana pihak. Kematangan beliau ini bukan sahaja di Malaysia malah terserlah hingga ke peringkat antarabangsa. Bermula dengan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Pahang, disusuli dengna jawatan di peringkat pusat sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, kemudian sebagai Menteri Belia & Sukan sehinggalah menjawat jawatan tertinggi di Malaysia sebagai PM Malaysia. 

2. Bapa Transformasi 

Semenjak dilantik sebagai PM Malaysia pada tahun 2009, kesungguhan beliau di dalam memajukan Malaysia tiada noktahnya. Banyak transformasi yang dilakukan demi pembangunan negara khasnya rakyat jelata. PM telah mewujudkan LIMA (5) transformasi utama iaitu Transformasi Ekonomi, Transformasi Politik, Transformasi pentadbiran, Trnasformasi Luar Bandar dan Transformsasi Pendidikan. 

3. Konsep 1 Malaysia 

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 

Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh pemimpin-pimimpin terdahulu, dan beliau mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. 

4. Janji di tepati. 

Perdana Menteri amat bertangungjawab ke atas rakyat, apa yang dijanjikan pasti ditepati. Berbanding dengan pihak pembangkang yang cuma pandai berjanji namun ianya tidak direalisasikan kepada rakyat. Bukti yang nyata seperti Bantuan Satu Malaysia (BR1M), Perumahan Rakyat (PR1MA), Kedai Rakyat (KR1M), Skim Amanah Rakyat (SARA), Baucar Buku (BB1M), Kebajikan Rakyat (KR1SMA) dan sebagainya, ini membuktikan betapa PM Malaysia sentiasa perihatin demi memenuhi tuntutan rakyat. 

5. Mendahulukan rakyat 

PM sentiasa mengutamakan rakyat, ianya jelas terbuktu apabila segala perlaksanaan dasar ekonomi dan kebajikan banyak membantu rakyat telah di wujudkan, banyak pemberian subsidi yang menguntungkan rakyat dan meringankan beban rakyat. Seperti mana subsidi minyak dan gas yang mencecah berbilion ringgit, subsudi lainnya seperti subsidi makanan, kesihatan dan pelajaran. Ini membuktikan betapa PM tidak dapat di sangkal dalam pentadbirannya,tidaklah seperti pembangkang hanya mendahulukan diri sendiri dan kroni sahaja. 

6. Turun padang 

Tidak seperti pembangkang yang hanya pandai mengula-gula rakyat, PM sentiasa turun padang bagi melihat dan memantau sendiri perlaksanaan janji-janji yang dimenefestokan oleh kerajaan pimpinannya. Beliau sendiri akan masuk cerok kampong,desa, luar bandar dan di bandar sekali pun. Beliau juga memastikan barisan pimpinan beliau sentiasa turun padang bagi merealisasikan jajni-janji didalam program-program spt juara rakyat, pemimpin masok kampung, membela rakyat, mesra rakyat dan sektor pembangunan wanita dan masyarakat. Ini jelas membuktikan keprihatinan beliau demi membela rakyat dan merapatkan jurang pemimpin dan rakyat. 

7. Pencapaian diutamakan. 

Dato’ Sri Najib sentiasa mengutamakan kualiti di dalam pentadbiran, politik dan pembangunan Negara. Beliau juga memastikan pencapaian di utamakan bagi memberi pulangan kepada rakyat melalui program-program tranfomasi negara. Rancangan Malaysia ke 10 telah membuka mata pihak pembangkang yang mana banyak pembangunan telah dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan beliau. Di dalam kegawatan ekonomi dunia PM masih mampu menstabilkan ekonomi Negara dilandasan terbaik bagi mencapai wawasan 2020. 

8. Negara Berpendapatan Tinggi 

Usaha Malaysia menjadikan negara berpendapatan tinggi kini sedang giat dijalankan dan strategi bersepadu telah dilaksanakan yang terdiri daripada langkah-langkah mengkhususkan ekonomi, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, dan tumpuan bidang-bidang seperti kewangan Islam, makanan halal, elektronik, industri-industri berdasarkan sumber alam dan pelancongan

Merujuk kepada Indeks Kualiti Kehidupan, Malaysia berada di tangga 36 dikalangan 111 negara di dunia. Indeks ini mengambil kira kesihatan, kehidupan keluarga, kehidupan masyarakat, kestabilan politik, pendapatan perkapita yang mencecah RM23 ribu setahun pada tahun 2012 kepada RM50K pada tahun 2020 dan kuasa beli, kebebasan politik, iklim, keselamatan pekerjaan, dan layanan yang sama bagi lelaki dan wanita. Negara kita lebih baik daripada Thailand, Filipina, Brazil, Qatar dan Kuwait. 

9. Hebat di mata dunia. 

Negara Malaysia telah diiktiraf Negara ke 19 terselamat didunia dan terhebat di kalangan Negara-negara Islam . PM juga menjadi contoh terbaik pemimpin/umara’ di kalangan Negara Islam. PM sentiasa gigih mempromosikan Negara untuk menarik pelabur asing melabur di Malaysia. Ini membuktikan Dato’ Seri Najib adalah pemimpin yang berkaliber untuk memimpin Negara. 

10. Bebas tuduhan 

Pembangkang di bawah Anwar Ibrahim banyak membuat tuduhan-tuduhan palsu keatas PM bagi memgelirukan rakyat dan cubaan menakluki Putrajaya. Pelbagai tuduhan dan tomahan seperti kes pembunuhan Altantuya, perbelanjaan pertunangan anak PM, cincin yg dipakai oleh isteri PM bernilai RM24k dan sebagainya,namun dengan pengakuan dan penjelasan Raja Petra Kamarudin serta 3 lafas sumpah laknat yang di buat oleh PM jelas membuktikan bahawa PM bebas dari segala tuduhan dan tomahan palsu terhadap beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan