Jumaat, 1 Jun 2012

Melayu !, Insaflah.

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

Puisi karya Lim Swee Tin
“Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , Universiti Putra Malaysia (UPM).”

Itulah luahan hati seorang pensyarah kacukan Cina dan Siam terhadap bangsa Melayu yang sering bercakaran di dalam menegakkan ideologi politik masing-masing sehingga membawa ke penyelewengan akidah seperti mengundi parti sekian-sekian akan masuk syurga.

Ingatlah orang-orang Melayu, tiada lagi negara lain untuk di huni, hanya Malaysia sehajalah negara kita, jangan biarkan negara kecil ini diambil alih oleh bangsa asing satu hari nanti. Telah banyak pengorbanan, air mata dan darah telah ditumpahkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan untuk menegakkan Malaysia yang tercinta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan