Rabu, 30 Mei 2012

Kenapa muzakarah PAS - UMNO sering tidak menjadi kenyataan ?

Pas yang mengajak UMNO bermuzakarah tetapi kemudiannya mengenakan pelbagai syarat yang jelas membuktikan bahawa Pas sememangnya suka berpolitik dan tidak mempunyai kesungguhan dalam memperjuangkan Islam.

Ternyata Pas terus terbelenggu dengan permainan politik dan ia bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kita mengkaji sikap Pas sejak berkawan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pas yang ditubuhkan pada 1951 melalui perpecahan UMNO dan kelulusan penubuhannya diberikan oleh penjajah British tidak pernah konsisten dalam perjuangan. Segala keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti itu berlandaskan kepada kepentingan politik semata-mata.
Ini terbukti apabila Pas menentang keras persahabatan antara UMNO dengan MCA dan MIC, mereka menolak pakatan tersebut dengan pelbagai hujah sama ada melalui ayat Quran atau hadis tetapi kini mereka bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Sokongan PAS terhadap demonstrasi jalanan yang berakhir dengan kekecohan, kecederaan dan kemusnahan harta benda sedangkan ajaran Islam yang mahukan umatnya bersederhana dalam apa juga tindakan dan tidak bertindak melampaui batas.

Sikap hipokrit Pas yang paling ketara ialah sentiasa berusaha melindungi sama ada pemimpin parti itu atau sekutu mereka dalam apa juga perkara yang melibatkan isu moral atau lain-lain kesalahan  dan menganggap semua tuduhan sebagai fitnah dan konspirasi politik tetapi jika melibatkan UMNO dan BN mereka bermati-matian mahu mengadakan pelbagai siasatan termasuk Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Pas kini terpaksa bergantung kepada belas ihsan PKR dan DAP untuk memastikan mereka mendapat kerusi yang lebih dalam pilihan raya dan ini terbukti apabila mereka hanya mengikut telunjuk PKR dan DAP contohnya menggugurkan negara Islam yang diperjuangkan selama ini dan menggantikannya dengan negara kebajikan seperti yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat. Inilah diantara sebab-sebab kenapa muzakarah diantara PAS dan UMNO sering tidak menjadi kenyataan.

Renungkanlah firman Allah bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 103)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: 
“Dan barangsiapa yang mati dan ia menjadi orang yang memecah belah persatuan ummat – kaum Muslimin, maka sesungguhnya ia mati dalam keadaan mati jahiliyah.”

Rabu, 16 Mei 2012

Rusuhan dan Demontrasi Jalanan Bukan Ajaran Islam.


Akhir-akhir ini adegan dan slogan demontrasi jalanan ke atas pemerintah sering kali dilaungkan dan canangkan sebagai amar makruf nahi mungkar dan jihad. Maka, suara-suara kebencian dan protes ke atas pemerintah pun meluap-luap.

Sangat menyedihkan apabila pelbagai aksi dan adegan demontrasi ini kian menjadi fenomena masyarakat dalam negara kita.

Persoalannya, adakah demontrasi merupakan salah satu yang disarankan oleh agama dalam menghadapi kesalahan dan ketelanjuran pemerintah?. Apa hukum perlakuan demontrasi di sisi agama? Menegur dan memperbaiki ketelanjuran pemerintah, iaitu dengan cara nasihat, mendoakan mereka dengan kebaikan, bertemu dan berbincang dengannya, memperbanyakan kesabaran dan dengan tidak mengaibkan serta merendah-rendahkan kedudukannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda :

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

"Agama adalah nasihat." mereka bertanya "Untuk siapa (wahai Rasulullah)?" Beliau menjawab "Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya." (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)

Dalam masa yang sama, amalan syar'i ini menunjukan betapa Islam itu adalah agama yang mengajak kepada perdamaian, mengajak kepada maslahah, membenci kekacauan, teratur dan penuh ketenangan. Secara automatik, amalan demontrasi dan protes ke atas pemerintah sewajarnya tidak berlaku di kalangan umat Islam jika ruh agama tersebut berjaya difahami dengan baik.


"Makna nasihat untuk pemimpin umat Islam adalah tolong menolong bersama mereka dalam urusan kebenaran, mentaati arahan mereka dalam kebenaran, menegur dan mengingatkan mereka dengan cara lemah lembut, memberitahu mereka tentang apa yang mereka lalai supaya tidak melanggar hak-hak umat Islam, tidak menjadi pembangkang kepada mereka dan menganjurkan orang lain mentaati mereka." (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Ringkasnya, begitulah kaedah-kaedah yang syar'i dalam bermuamalah terhadap pemerintah sama ada yang adil mahupun yang zalim, selagi mana mereka masih menzahirkan keislaman dan syi'ar solat.

Isnin, 14 Mei 2012

Apa Disebalik Penyapu Bersih ???

Rusuhan 13 Mei 1969

Bersih 3.0 2012

Aksi demikian seolah-olah mengulang balik perkara sama yang dilakukan pada perarakan sebelum 13 Mei 1969 anjuran Parti Buruh (aka Komunis), DAP dan Gerakan. 

Ketika itu laungan mereka adalah baliklah orang Melayu dan penyapu itu membawa simbol untuk menyapu orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur.

Kali ini apa tujuannya?

Selalu pihak DAP ini akan uji satu-satu untuk dapatkan reaksi orang Melayu sebelum menjadi lebih berani. 

Orang Cina selama ini menjauhi demo-demo yang dirancang Parti pembangkang. Hanya perarakan Lynas yang meliharkan penglibatan Cina DAP yang lebih menunjul. 

Sedikit sedikit mereka cuba dan lama kelamaan mereka akan berani kerana dalam Perarakan Bersih, 60-70% adalah kaum CIna dan hanya 30% Melayu. Melayu yang datang pun adalah mahasiswa dan hardcore penyangak yang boleh dibayar dengan dengan sedikit wang.

Kalau dibaca kembali sejarah Mei 1969, ianya terbina dari pelbagai demo yang melibatkan kaum CIna dan didalang komunis. Bekas komunis banyak dalam DAP, ingat tu!

Selasa, 1 Mei 2012

Sedarlah Wahai Pengamal LGBT.


Gejala sosial yang melanda umat manusia sebenarnya adalah hasil tangan manusia sejak permulaan hingga yang terkini. Ia adalah musibah yang telah terjadi dan tiada berkesudahan. Gejala social merupakan asas dari segala macam kerusakan dan kebejatan. Benarlah setengah ungkapan: “Sesungguhnya umat itu akan terus kekal kerana keutuhan akhlaknya. Jika lenyap akhlaknya maka hancurlah umat tersebut”.

Di antara bentuk kecelaruan terhadap pemikiran manusia ialah apabila mereka berada di bawah telunjuk hawa nafsunya tanpa ada kendali dari nilai-nilai Islam yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan Hadis malahan tanpa ada pimpinan dari pemikiran yang matang .. Allah SWT telah menciptakan manusia laki-laki dan perempuan, dan dari keduanya berkembang biak laki-laki mahupun wanita, bahkan Allah menciptakan daripada keduanya saling berpasangan sehingga dapat melakukan reproduksi dan kelangsungan hidup. Justeru bagaimanakah manusia telah mencampur-adukkan gaya hidupnya dengan kebodohan dan hanya menuruti hawa nafsu yang menyelewengkan dari jalan yang benar. Lalu manusia telah menghancurkan fitrahnya yang asal seperti yang pernah dilakukan oleh kaum nabi Luth.


إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.(Al-A’raf:81)

Biarpun telah membawa kehancuran fitrah manusia dan penyebaran penyakit  seperti yang dialami oleh umat terdahulu dengan sebab kedurjanaan dan pelanggaran yang mereka lakukan mampu menghentikan proses kelangsungan manusia sebagaimana yang telah Allah ciptakan, namun mereka masih tetap tidak memiliki perasaan malu, malah kita dapati ada di antara mereka yang menuntut hak mereka. Jadi pemikiran apakah ini? Kebebasan apakah ini?!