DAP Kedah
tidak menolak kemungkinan akan meletakkan calon Melayu parti itu untuk
bertanding di kawasan majoriti Melayu seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Bakar Bata pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengerusinya,
Lee Guan Aik berkata, pihaknya tidak menafikan kemungkinan tersebut jika hasrat
mereka untuk menambah kerusi bagi ditandingi parti itu dipersetujui kepimpinan
Pusat.
"Saya
tidak nafikan kemungkinan itu. Masih awal untuk membuat keputusan kerana saya
tidak tahu berapa kawasan dapat tambahan kerusi. Apa pun kena tunggu keputusan
kepimpinan Pusat," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari
ini.
Sebelum
ini, akhbar melaporkan mengenai isu perebutan kerusi antara DAP dan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Kedah yang semakin panas apabila kedua-dua parti itu
terus buntu untuk mencari kata sepakat walaupun ia sepatutnya diselesaikan
lebih dua bulan lalu.
Sumber Utusan Malaysia 10 April 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan