2. Siapakah mereka ini?
3. Mereka,
mengikut laporan dalam sebuah majalah Amerika,
Newsweek, adalah ahli beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk
membawa demokrasi kepada Mesir. Diantara mereka adalah NDI (National
Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House. Semua mereka
mengikut Newsweek “receive
U.S. Government funding”.
4. Laporan yang sama berkata dalam keluarannya pada Februari 13, “But
storming NGO’s, interrogating U.S. citizens, and banning them from leaving the
country has strained U.S-Egypt relations and threatened the sacrosanct $1.3
billion in military aid from the U.S.” (Menggeledah NGO, menyoal rakyat
Amerika, dan melarang mereka keluar dari Mesir telah menegangkan hubungan
Amerika dengan Mesir dan menggugat bantuan $1.3 billion untuk tentera (Mesir)
dari Amerika.)
5. Semasa Mubarak Amerika dilarang membiayai NGO Mesir yang tidak
berdaftar melalui badan-badan bantuan kewangan Kerajaan Amerika seperti Bureau of Democracy, Human Rights
and Labour. Sekarang agensi-agensi Kerajaan Amerika memula semula membiayai
badan NGO yang tidak berdaftar.
6. (However,
following the uprising that toppled Mubarak, U.S. AID once again began
distributing funds to unregistered NGOs in an effort to be part of Egypt’s
democratic future – Newsweek Feb. 13)
7. Campurtangan Amerika Syarikat dalam gerakan untuk menjatuhkan
Kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Sudah tentu
di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan “Regime
Change” (Pertukaran Pemerintah).
8. Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana
Menteri Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang
sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Negara Arab sudah tentu dilakukan
juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan
supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat
bantuan kewangan dan media Amerika. Mereka kononnya tidak puas hati dengan
dasar Kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas LGBT
(menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan
kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat
Amerika Syarikat untuk melakukan regime
change supaya Malaysia
menjadi alat Amerika Syarikat. Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi
Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai
penyokong kuat Israel, Amerika Syarikat tetap akan memujuk Anwar supaya
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
9. Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar
Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus
merdeka?
10. Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka
Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak
yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.
11. Tetapi jika kita ingin
betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya,
tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar
Kerajaan.
sumber chedet.cc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan