Rabu, 11 April 2012

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14


Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini hari ini.
Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini. Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu “Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left. Sabri Abdullah.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua, Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.
Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya

Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.

BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.
DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.”


Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah diputerakan pada 28hb. November 1927. Pada mulanya Baginda menuntut di Sekolah Melayu Titi Gajah kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar hingga 1948.

DYMM Tuanku Sultan pernah bersemayam di asrama Maktab Sultan Abdul Hamid di Alor Setar bersama-sama dengan murid-murid lain. Semasa Duli Tuanku bersekolah di sini, baginda telah bercampur dengan murid-murid dari semua lapisan.

Guru-guru dan rakan-rakan sekolah baginda masih ingat dengan bangganya atas sifat baginda yang bertolak-ansur dengan rakan-rakan, dan tidak pernah membesarkan diri walaupun baginda ketika itu adalah seorang bakal Raja Negeri Kedah Darulaman. Pada tahun 1949 Baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran.

Setelah mengikuti satu kursus persiapan yang singkat, baginda telah diterima masuk ke Maktab Wadham pada awal tahun 1952. Di maktab inilah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mempelajari Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Setelah tarnat kursus ini, DYMM Tuanku telah berangkat ke tanahair dan terus berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan.

Ketika di England pad a 6hb. Ogos tahun 1949, baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Kedah. Pada 9hb. Mac 1957 pula DYMM Tuanku telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. Ini ialah kerana pada 12hb. Mac hingga 3hb. Julai 1957, Almarhum DYMM Sultan Badlishah berangkat keluar negeri.Setelah mengikuti satu kursus persiapan yang singkat, baginda telah diterima masuk ke Maktab Wadham pada awal tahun 1952. Di maktab inilah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mempelajari Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Setelah tamat kursus di Maktab Wadham, DYMM Tuanku telah berangkat ke tanahair dan terus berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan. Ketika di England pada 6hb. Ogos tahun 1949, baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Kedah. Pada 9hb. Mac 1957 pula DYMM Tuanku telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. Ini ialah kerana pada 12hb. Mac hingga 3hb. Julai 1957, Almarhum DYMM Sultan Badlishah berangkat keluar negeri. Antara kegemaran baginda, selain dari bermain golf, tennis, billiard dan fotografi adalah melancong.

Dan baginda telah berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954, dan telah juga mengelilingi dunia pada tahun 1963. Dalam masa pemerintahan, DYMM Tuanku banyak membuat lawatan ke tempat-tempat di luar bandar demi untuk mendapat 'First Hand Information' berkenaan keadaan rakyat jelata baginda. Baginda sentiasa berkenan bertitahmesra dengan rakyat ketika berangkat ke tenipat- tempat ini. Dengan ertikata yang lain baginda Tuanku bolehlah disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Seorang Sultan yang dikasihi dan disegani rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan