Ahad, 8 April 2012

MUKHRIZ BAKAL MB KEDAH ?.



Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 28 Mac 2012, juga melalui ruangan dalam negerinya memaparkan laporan ekslusif Tan Hock Sing tentang kemungkinan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bertanding untuk menjadi Menteri Besar Kedah.
Nanyang Siangpau mendapat maklumat Mukhriz anak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melepaskan kerusi parlimen dan bertanding di kerusi Dewan Undungan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, ke arah jawatan Menteri Besar.
Daripada senario politik terkini dan situasi pergerseran dalaman di dalam Pakatan Rakyat tertamanya PAS, BN percaya dan yakin bahawa akan dapat menawan kembali Kedah dan dalam keadaan begini, ia menepati penyusunan semula politik yang perlu ada satu penetapan dalam pemilihan calon untuk jawatan Menteri Besar.
Selain itu, BN Kedah juga telah menyatakan pencalonan Parlimen Jerlun yang disandang oleh Mukhriz kini akan dilepaskan pada PRU ke-13 untuk bertukar tempat di DUN Kuah, di bawah Parlimen Bahagian Langkawi.
Seorang ahli penting BN Kedah membuat analisis berkata, Pulau Langkawi adalah jasa penuh Tun Dr. Mahathir yang membawanya kepada industri pelancongan peringkat antarabangsa.
Penduduk tempatan amat menyayangi Tun Dr. Mahathit dan jika Mukhriz menyeberang ke Langkawi, pasti mendapat sokongan daripada pengundi di situ dan juga di bawah bimbingan ayahnya, tiada masaalah untuk menang. Lebih-lebih lagi kawasan DUN Kuah adalah kawasan kubu kuat BN.
Cabaran sengit pada pilihan raya (PRU) 2008 tidak dapat menumbangkan penguasaan BN bagi DUN Kuah, ianya terbukti apabila calon BN Datuk Nawawi Ahmad mendapat 6,600 undi berbading 3,336 undi di pihak lawan dan Nawawi dengan mudah menewaskan calon PKR untuk menang dengan majoriti 3,324 undi.
Peluang untuk menerajui kedah adalah terbentang luas bagi Datuk Mukhriz berbanding lain-lain calon berdasarkan karismanya yang telah ditunjukan selama ini. Seorang veteran dalam politik telah menganalisis, kecuali berlaku kekuatan politik di tahap yang kemuncak tetapi akan sebaliknya jika ia terlalu awal diumumkan dan selalunya calon itu bakal menjadi mangsa dalam percaturan tersebut.
Jangan lupa dimana orang-orang kepercayaan Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pembangkang sedia ada, Datuk Sri Mahadzir Khalid disamping Pengurusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga orang kepercayaan dan setia kepada Najib.
Jika BN dapat menawan kembali Kedah, adakah kedua-dua orang ini rela kerusi MB itu dilepaskan begitu sehaja ?.

Sumber Nanyang Siangpau
Utusan Malaysia.
Khamis 5 April 2012 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan